Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Filem baru, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, sekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 11 Januari 2024.
Filem terbitan Studio Kembara ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadhir Nasar, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi.




Karya kali ini mengisahkan tentang Pendekar Awang yang melindungi Tok Gajah daripada diserang oleh Captain Syers.
Ia juga menampilkan aksi hebat daripada pelakon-pelakon wanita yang diketuai oleh Fazura. Dengan adanya barisan pelakon wanita, ia pasti dapat meningkatkan semangat penonton wanita.
Dari segi teknikal, suntingan CGI tidak nampak ketara dan memuaskan. Banyak lakonan di dalam hutan. Tiada ‘fake action’ atau ‘double acting’. Semua aksi dilakukan oleh pelakon sendiri. Ditambah pula dengan watak antagonis, Captain Syers yang sangat menggeramkan hati.
Tiada babak cinta yang terlalu berat. Hanya babak cinta antara Fazura dan Fattah Amin yang sederhana kerana filem ini adalah untuk tontonan 13 tahun ke atas.


Sementara itu, Pengerusi Eksekutif dan Penerbit, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali, berharap karya ini mampu meningkatkan rasa cinta penonton kepada tanahair, menghargai pengorbanan pejuang-pejuang tanahair dahulu kala, serta meningkatkan lagi semangat positif lagi terpuji di kalangan anak muda.
Beliau juga mengesyorkan seluruh rakyat Malaysia untuk datang menonton beramai-ramai bersama keluarga. Karya ini mempunyai kualiti tersendiri yang mampu menghibur sambil menyuntik inspirasi kepada seluruh lapisan penonton lelaki dan wanita.