Bawah 16 tahun tak boleh ada akaun media sosial kecuali di bawah kawalan ibu bapa - Fahmi | The Reporter

Bawah 16 tahun tak boleh ada akaun media sosial kecuali di bawah kawalan ibu bapa – Fahmi

Ibu bapa mengawal penggunaan akaun media sosial anak bawah 16 tahun di rumah.
Kerajaan cadang akaun media sosial bawah 16 tahun hanya dibenarkan jika dikawal ibu bapa bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian | Gambar: Hiasan (AI)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan menetapkan bahawa kanak-kanak di bawah usia 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri sebagai langkah melindungi mereka daripada risiko keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata akaun media sosial yang diwujudkan oleh ibu bapa bagi pihak anak-anak masih dibenarkan, namun kawalan terhadap akaun tersebut perlu berada di bawah pengawasan ibu bapa.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi mengelakkan kanak-kanak berinteraksi secara bebas dengan individu tidak dikenali di platform digital, sekali gus mengurangkan risiko ancaman pemangsa siber.

Sekatan umur 16 tahun sedang diuji

Fahmi memaklumkan kerajaan kini menjalankan regulatory sandbox bersama beberapa platform media sosial bagi menguji pelaksanaan sekatan umur minimum 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.

Katanya, pendekatan Malaysia berbeza daripada model pengesahan umur yang digunakan di Australia kerana negara ini bercadang memanfaatkan perundangan berkaitan MyKad sebagai elemen tambahan untuk mengesahkan identiti dan umur pengguna.

Walaupun sekatan itu dilaksanakan, kanak-kanak masih dibenarkan menonton kandungan di platform seperti YouTube, namun tidak boleh mempunyai akaun sendiri.

Baca juga:

Peranan ibu bapa penting

Dalam masa sama, Fahmi mengingatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak-anak menggunakan peranti tanpa pemantauan terlalu lama.

Menurutnya, ibu bapa perlu lebih peka terhadap aktiviti digital anak-anak kerana peranti tidak boleh dianggap sebagai “pengasuh”.

Terdahulu, Fahmi menghadiri Program Sejahtera MADANI Kebajikan: Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan 2026 yang turut menyaksikan bantuan RM500 disalurkan kepada 150 penerima asnaf berdaftar di bawah sistem eKasih di Parlimen Lembah Pantai.

Sumber: Harian Metro

Related Posts