Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mendengar penerangan pada hari pertama kes yang mendakwa Israel mendalangi kes genosid di dalam peperangan Gaza.
Afrika Selatan yang telah mengemukakan tuntutan tersebut pada bulan Disember lalu disambut baik oleh beberapa negara termasuk Malaysia.
Mahkamah tersebut, yang berpangkalan di The Hague, mendengar hujah-hujah dari pihak Afrika Selatan pada hari Khamis dan akan mendengar jawapan Israel pada hari Jumaat.
Dalam penghujahan setebal 84 muka surat kepada ICJ, Afrika Selatan menggesa hakim supaya memerintahkan Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza.
Ini kerana, Afrika Selatan mendakwa Israel terbabit dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Susulan itu, pihak Israel dikatakan berang dan menafikan tuduhan itu, selepas jurucakap kerajaan, Eylon Levy, berikrar akan menolak hujah dikemukakan Afrika Selatan itu yang disifatkan sebagai dakwaan tidak masuk akal.
Sekurang-kurangnya 23,210 Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, dengan lebih daripada 59,000 cedera.
Sumber: Al-Jazeera