Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“PMX nak datang pecah tanah? Selesaikan dulu kes penduduk kampung!” Itu antara suara tegas Rafidah Ibrahim yang kini tular di TikTok selepas tampil mempertahankan penduduk Kampung Sungai Baru yang didakwa dihalau keluar dari rumah mereka demi memberi laluan kepada projek pembangunan semula.
Rafidah yang juga pelakon dan penyanyi lantang mengecam tindakan pihak berkuasa yang didakwa tergesa-gesa mahu merobohkan kediaman penduduk, sedangkan proses mahkamah masih berjalan. Kecaman lantangnya menyentuh soal maruah bangsa dan kepimpinan Melayu, mencetuskan gelombang sokongan di media sosial.
Pemimpin Melayu, masyarakat berdiam diri
Dalam nada penuh emosi, Rafidah menegaskan penduduk tidak akan berganjak keluar selagi isu pemilikan dan pampasan tidak diselesaikan secara adil. Dia turut mempersoalkan sikap pemimpin Melayu dan masyarakat yang dilihat berdiam diri terhadap isu ini, sambil menggesa umat Islam agar berdiri bersama penduduk yang sedang tertekan.
“Hari ini penduduk Kampung Sungai Baru, bukan masa satu dua hari untuk dihalau keluar. Kami takkan berganjak keluar! Kalau dikatakan PMX (Perdana Menteri) akan datang untuk majlis pecah tanah, PMX! Selesaikan dulu kes kami! Jangan kau sibuk nak datang pecah tanah! Haa, kurang hajar betul la.
“Pemimpin pemimpin Melayu yang ada ini semua, kau orang ini semua pemimpin yang dah kena pegang ke apa? Siapa yang pegang sampai kau orang tak nak membantu orang Melayu di sini? Orang Melayu semua senyap eh?
Baca juga:
- Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah
- Hanya 40 minit ke Indonesia, Melaka rancang bina jambatan 47.7km rentasi laut
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
“Apa yang terjadi di Kampung Sungai Baru, orang Melayu semua senyap! Aku doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap terhadap (permasalahan) penduduk-penduduk kampung di sini.
“Sepatutnya orang-orang Melayu bersama-sama dengan kita, orang Islam bersama dengan kita. Tetapi kalau mereka jadi pengkhianat dan membantu pengkhianat, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.”
Netizen puji kelantangan dan keberanian Rafidah Ibrahim
Ribuan komen membanjiri video tersebut menunjukkan orang ramai menyokong keberanian Rafidah mempertahankan penduduk Kampung Sungai Baru. Ramai yang menganggap tindakannya perlu dicontohi, terutama dalam memperjuangkan isu berkaitan tanah dan hak komuniti Melayu bandar.
Namun, ada juga yang berpendapat isu ini wajar diselesaikan secara sah melalui proses mahkamah, agar keadilan dapat ditegakkan tanpa emosi berlebihan.
Isu ini zaman siapa? Kenapa PMX menjadi sasaran?
Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru sebenarnya bermula sejak 2017–2018, semasa pentadbiran kerajaan terdahulu yang meluluskan pelan pembangunan semula.
Kelulusan dan rundingan pampasan dibuat semasa era Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), dengan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dikuatkuasakan secara aktif antara 2020 hingga 2023.
Namun, tindakan pengosongan dan rancangan majlis pecah tanah berlaku semasa era pentadbiran PMX (2024–2025). Justeru, kemarahan penduduk tertumpu kepada kerajaan semasa yang dilihat meneruskan pelaksanaan tanpa penangguhan meskipun kes masih di mahkamah. Penduduk mendesak agar projek ini dikaji semula, bukan sekadar dilaksana atas dasar warisan kerajaan lama.








