‘Cukup-cukuplah isu bendera, sekarang masa bersatu untuk Zara’ – ADUN Duyong | The Reporter

‘Cukup-cukuplah isu bendera, sekarang masa bersatu untuk Zara’ – ADUN Duyong

Seorang lelaki berbaju Melayu merah jambu dengan tag pengenalan di leher sedang tersenyum, membawa beg galas di bahu di kawasan lapangan terbang.
ADUN Duyong menyeru rakyat hentikan pertelingkahan isu bendera dan bersatu demi keadilan untuk Zara Qairina. | Kredit gambar: Facebook Mohd Noor Helmy

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy, menggesa semua pihak menghentikan pertelingkahan mengenai isu bendera dan menumpukan perhatian kepada kes kematian pelajar asrama, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Beliau menegaskan, tragedi itu memerlukan solidariti masyarakat dan tindakan segera bagi memulihkan keyakinan terhadap sistem keselamatan serta pendidikan di sekolah berasrama.

“Sudah-sudahlah saling mencabar pasal bendera. Ko bertekak, dia bertekak lepas tu apa? Bertumbuk? Tengok siapa menang siapa kalah? Tak jumpa noktah ke? Sudahlah.

“Ni ada lagi besau masalah yang perlukan solidariti kita bersama. Justice For Zara,” tulisnya di Facebook.

Baca juga:

Krisis keselamatan asrama perlu perhatian segera

Menurut Mohd Noor Helmy, krisis kepercayaan terhadap sistem keselamatan dan pengurusan pendidikan asrama perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan tragedi berulang.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang ingin berhimpun agar melakukannya secara tertib tanpa mencetuskan kekacauan.

“Yang nak berhimpun, berhimpun elok-elok. Jangan sampai merusuh. Tunjuk kesatuan, bukan pertempuran,” katanya.

Majlis doa khas untuk arwah Zara

Sebagai tanda solidariti, Mohd Noor Helmy menjemput penduduk Duyong dan kawasan sekitar untuk menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat khas buat Allahyarhamah Zara Qairina.

Majlis itu akan diadakan pada malam Jumaat, 14 Ogos 2025, di semua masjid dan surau dalam DUN Duyong, bermula selepas solat Maghrib. Beliau berharap program ini dapat menjadi medan doa agar keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian.

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy

Related Posts