'Admin takde life ke nak viral video ni?' - Video anak muda menari di Hangar PDRM tular, polis keluarkan kenyataan - The Reporter

‘Admin takde life ke nak viral video ni?’ – Video anak muda menari di Hangar PDRM tular, polis keluarkan kenyataan

Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anak muda menari sambil mendengar muzik berdekatan hangar tertera ‘PDRM’ telah menjadi viral di media sosial.

Pihak yang menularkan video itu dikatakan cuba menimbulkan persepsi buruk dan spekulasi mengenai aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor tampil mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Telah diserahkan kepada pemaju

Menurut beliau, hasil siasatan pihak Polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 16 Disember 2023 di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Pasukan Gerakan Udara, Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert ‘Rock The World 2023’.

Pihak polis telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan oleh pihak DBKL. Tapak di mana konsert ini berlangsung adalah merupakan Pengkalan Pasukan Gerakan Udara, PDRM yang lama, yang telah ditutup dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

Justeru, pihak polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini.

Sengaja viral untuk cari engagement

Sementara itu, ramai netizen yang membidas tindakan pihak yang menyebarkan video itu yang dipercayai berniat jahat.

Syed Amir berkata, “Let them enjoy whatever they want to express their feelings or emotions with. Tak perlu nak kutuk-kutuk atau judges mereka. Yang hati hitam, sibuk jaga tepi kain orang, sila duduk gua diam-diam.”

Idayu juga menyuarakan pendapat serupa dengan menyifatkan tindakan pihak yang menyebarkan video sebagai mencari ‘engagement’.

“Kau tak payahlah ada X. Dasar nak engagement, semua benda kau nak post sebab kau tahu ada yang akan kecam. Makanlah kau duit haram. Ini nama pogo, skanking. Waktu datuk, nenek, mak, bapak kau muda, inilah juga ada dulu. Entah-entah disco pun dia pergi,” kata Idayu.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!