Adik maut ditikam abang ketika berada di ruang tamu jam 5.40 pagi, suspek dipercayai alami masalah mental

Budak 9 tahun maut ditikam abangnya di Ranau, Sabah
Gambar sekadar hiasan sahaja

Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kerana disyaki menikam adik lelakinya sehingga mati menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa berusia sembilan tahun disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kinapulidan, kelmarin.

Pihak polis terdahulu menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.27 pagi, Khamis daripada seorang lelaki yang mendakwa adiknya telah ditikam oleh suspek.

Siasatan mendapati, mangsa telah ditikam di bahagian perut oleh suspek ketika mereka berada di ruang tamu, jam 5.40 pagi.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh jiran, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di unit kecemasan, Hospital Ranau.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak suspek berkemungkinan menghidapi masalah mental.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!