'Adakah ia keperluan mendesak?' - Kerajaan Terengganu diminta perjelas status pembelian kereta rasmi yang tular - The Reporter

‘Adakah ia keperluan mendesak?’ – Kerajaan Terengganu diminta perjelas status pembelian kereta rasmi yang tular

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu tular mengenai kenderaan SUV yang didakwa akan menjadi kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan EXCO Kerajaan negeri Terengganu, bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan.

Penjelasan perlu dibuat kerana ia penting untuk rakyat mengetahui sama ada pembelian kenderaan itu satu keperluan mendesak ketika ini.

Beliau berkata, pembelian kenderaan rasmi baharu itu tidak menyalahi mana-mana peraturan namun ia dilihat janggal dalam keadaan keadaan kewangan negeri yang agak terhad ketika ini.

“Tiada sebarang masalah dari segi tatacara dan peraturan sekiranya pembelian itu ada diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 atau dibeli melalui dana Terengganu Inc (atau anak-anak syarikat) dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

“Cuma yang menjadi isunya, adakah ia satu keperluan mendesak apatah lagi pembayaran dana khas hasil petroleum yang disalurkan dari kerajaan Pusat agak terhad jumlahnya.

“Bagaimana dengan bayaran lain yang perlu dilunaskan oleh kerajaan negeri seperti dalam Belanjawan 2023? Yang mana satu lebih utama, rakyat atau EXCO?” katanya.

Wan Abdul Hakim yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman turut mempersoalkan sama ada masih terdapat kontraktor atau pembekal yang masih belum menerima bayaran mereka.

“Adakah benar cukai pintu kediaman akan mula dikutip disebabkan tekanan hasil pendapatan kerajaan yang makin berkurangan?.

“Adakah benar pelbagai cas berkaitan tanah juga akan dinaikkan untuk membantu meningkatkan pendapatan negeri yang makin menurun.

“Benar, jika dibandingkan dengan negeri Kelantan yang membeli kereta baharu jenama Mercedes berjumlah RM3.5 juta untuk kegunaan EXCO pada 2020 yang lalu lebih mahal berbanding harga SUV Mazda dibeli Terengganu. Namun adakah ini satu keutamaan ketika ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!