'Ada yang tanya saya kenapa tak ada visual masjid?' - Radzi Jidin mohon penjelasan King Sing montaj VM2026 | The Reporter

‘Ada yang tanya saya kenapa tak ada visual masjid?’ – Radzi Jidin mohon penjelasan King Sing montaj VM2026

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin memohon penjelasan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing mengenai video montaj pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026(VM2026) yang didakwa tiada gambar masjid.

Menerusi hantaran di Facebook, Radzi menyatakan ramai yang bertanyakan kepada beliau mengapa tidak diletakkan gambar masjid sedangkan rumah ibadat bagi agama lain dipaparkan.

“Dah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026?

“Ada yang tanya saya, kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Tapi rumah ibadat yang lain ada.

“Menteri Pelancongan kena jawab ni,” katanya.

Video yang dimuat naik menerusi Facebook Tourism Malaysia itu memaparkan keindahan tempat-tempat menarik di Malaysia, budaya dan beberapa tempat ibadat.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Kempen Melawat Malaysia (VM 2026) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Related Posts