'Ada yang RM150k sebulan' - Datuk Fauziah Nawi dedah gaji penyampai radio - The Reporter

‘Ada yang RM150k sebulan’ – Datuk Fauziah Nawi dedah gaji penyampai radio

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Semalam, tular pula kenyataan dari pelakon Datuk Fauziah Nawi yang mendedahkan angka pendapatan penyampai radio yang boleh mencecah RM150,000 sebulan.

Beliau yang pernah berkhidmat di stesen radio milik kerajaan turut memaklumkan gaji penyampai radio kerajaan adalah yang paling terendah dalam kerjaya itu.

“Ada yang RM150,000 sebulan, ada yang lebih.

“RM5,000 ke RM40,000 itu biasa (kalau di) radio swasta. Radio kerajaan paling rendah (gaji),” katanya dalam gambar yang tular.

Minggu lalu media sosial heboh dengan penyampai radio Suria FM, Tyzo atau Tuah Zulqarnian yang tidak lagi disambung kontrak. Tyzo melalui Instagramnya memaklumkan dia tidak redha dengan perkara itu kerana masih mahu bekerja.

Selain itu, timbul dakwaan dari sumber tidak diketahui mendakwa kontrak Tyzo tidak disambung kerana permintaannya untuk kenaikan gaji dan pelbagai syarat yang dianggap tidak munasabah.

Bagaimanapun, Tyzo enggan mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan tersebut. Sebaliknya mahu menunggu penjelasan rasmi daripada pihak Suria FM dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!