'Ada orang ambil gambar, masukkan dalam group perumahan' - Wanita kecewa dituduh tak boikot kerana beli bubur ayam McD untuk anak autisme - The Reporter

‘Ada orang ambil gambar, masukkan dalam group perumahan’ – Wanita kecewa dituduh tak boikot kerana beli bubur ayam McD untuk anak autisme

Gambar sekadar hiasan (Artificial Intelligence)

Konflik peperangan yang berterusan menyebabkan lebih banyak barangan yang menyumbang kepada Israel diboikot.

Di Malaysia, premis makanan segera masih diboikot oleh segelintir masyarakat.

Namun begitu, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang seolah-olah menghukumnya kerana membeli makanan di McDonald’s.

Kongsi pengadu, dia membelikan bubur ayam McDonald’s kegemaran anaknya yang menghidap autisme.

“Anak aku yang autisme ni hari-hari minta bubur. Pernah belikan bubur lain, tapi dia tetap nak McD,” katanya.

Kata wanita ini, selepas membelikan anaknya bubur itu, ada individu yang telah mengambil gambarnya dan muat naik di dalam group perumahan menyebabkan dia diperli kerana tidak memboikot jenama berkenaan.

Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan pengadu dan mengutuk tindakan individu terbabit.

Dalam pada itu juga, ada yang berkongsikan resepi bubur ayam McD kepada pengadu. Tetapi ada yang mengatakan individu yang menghidap autisme amat sensitif dengan sesuatu kelainan pada rasa dan perubahan.

Sumber: meingl

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!