Abbe Hae hargai sumbangan Madammu & suami kepada gelandangan di Lorong Haji Taib | The Reporter

Abbe Hae hargai sumbangan Madammu & suami kepada gelandangan di Lorong Haji Taib

Lorong Haji Taib
Sumber Gambar: TikTok Abbe Hae

Pengasas kecantikan Noir Beauty & Health, Madamu seringkali menjadi sorotan ramai kerana kepetahannya dalam berbicara selain kecantikan wajahnya yang sentiasa menambat hati sesiapa yang memandang.

Madamu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid sekali menjadi perhatian apabila menyumbangkan juadah buat gelandangan di Lorong Haji Taib.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hae di TikTok. Menerusi perkongsian video itu, Abbe Hae menzahirkan penghargaan kepada Madamu dan suami serta pasukannya dalam memberikan sumbangan.

@abbehae

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Terima kasih buat pasangan suami isteri Madam Mu dan suami yang sudi bersama keluarga besar abbe di Lorong Haji Taib.. #Abbehae #JejakJalanan #JagaHakAllah @madammuofficial

♬ Thank You Allah – Maher Zain

“Terima kasih buat pasangan suami isteri Madamu dan suami yang sudi bersama keluarga besar abbe di Lorong Haji Taib.

“Terima kasih Madamu menyediakan juadah moreh panas-panas,” kata Abbe Hae.

Dalam video berkenaan juga, Abbe Hae memaklumkan kepada Madamu tentang bagaimana cara dia lakukan untuk memutuskan rantaian kemiskinan.

“Kita beri didikan, agama, adab dan juga disiplin. Walaupun tidak semuanya berjaya, sebahagian dah berjaya, okaylah,” katanya.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memuji cara Madamu yang tidak menguar-uarkan sumbangan, sebaliknya ada pihak lain yang berkongsikan tentang sumbangan Madamu.

Dalam pada itu, Abbe Hae turut berterima kasih kepada pihak Madamu yang memberikan bantuan banjir sebelum ini.

Related Posts