'Abang kritikal, dia sedang nazak' – Anak Amyza Aznan dedah keadaan Andre | The Reporter

‘Abang kritikal, dia sedang nazak’ – Anak Amyza Aznan dedah keadaan Andre

Keadaan Andre kritikal apabila bergantung kepada bantuan oksigen di hospital, dedah anak Amyza Aznan.
Keadaan Andre kritikal mengundang simpati ramai selepas anak Amyza Aznan mendedahkan perkembangan terkini kesihatan abangnya. | Gambar: Melodi TV3 . MBuzz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Keadaan anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga dilaporkan semakin meruncing apabila kini berada dalam fasa kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan.

“Abang kritikal, dia sedang nazak. Dia bergantung kepada oksigen. Doktor kata dia boleh dengar lagi cuma tak respons.”

Menurut adiknya, Adrian Adam, Andre tidak lagi mampu memberikan sebarang reaksi fizikal walaupun masih dipercayai boleh mendengar percakapan orang sekeliling.

Keadaan tersebut meletakkan keluarga mereka dalam situasi penuh tekanan, dengan pihak doktor memaklumkan tahap kesihatan Andre berada pada fasa sangat membimbangkan.

Baca juga:

Adrian sendiri berdepan ujian kanser tulang

Dalam situasi getir itu, Adrian turut berdepan ujian kesihatan apabila disahkan menghidap kanser tulang sejak Ramadan lalu.

“Alhamdulillah, badan saya okey lagi, hendak jalan susah. Ada sakit-sakit, kaki bengkak sebelah tapi saya masih boleh tidur, berjalan dan duduk.”

Walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak dan berdepan kesakitan, Adrian masih berusaha meneruskan rutin harian asas dengan penuh kesabaran.

Katanya, keadaan fizikal yang semakin lemah tidak mematahkan semangatnya untuk terus kuat demi memberi sokongan kepada abang dan ibunya.

Luahan penghargaan buat rakyat Malaysia

Dalam masa sama, Adrian turut menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan masyarakat yang tidak putus-putus menghulurkan sumbangan serta doa.

“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak, kami tak mampu nak balas semua jasa baik kalian yang mendoakan kami.

“Semoga Allah membalas empat kali ganda dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

“Saya doakan yang menderma dan mendoakan kami dapat perlindungan daripada Allah SWT, dirahmati di dunia dan akhirat, dapat syurga Allah serta dipermudahkan segala urusan.”

Terdahulu, Amyza turut merayu agar rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatan Andre yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser paru-paru sejak tahun lalu.

Ujian berganda yang menimpa keluarga ini terus mengundang simpati ramai apabila kedua-dua anaknya kini sedang berjuang melawan penyakit serius dalam usia yang masih muda.

Sumber: Kosmo! Online, Malaysia Gazette

Related Posts