Pelakon Zara Zya mengejutkan peminat apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap 1, sejenis kanser buah pinggang.
Menurut Zara, beliau sering mengalami simptom seperti cepat penat, hidung kerap berdarah serta denyutan berulang sebelum diagnosis dibuat.
“Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah, denyutan yang berulang… sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap renal cell carcinoma tahap 1,” katanya.
Zara turut memaklumkan beliau telah selesai menjalani pembedahan pada tahun lalu.
Dalam masa sama, Zara menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil serius isyarat yang diberikan oleh tubuh badan.
“Please, jangan abaikan isyarat tubuh kita,” ujarnya.

Baca juga:
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
- ‘Kalau kita jujur dalam bekerja, kita ke syurga’ -Pesanan Cik Man
- Cik Man ditidurkan, keadaan kesihatan kritikal akibat saluran jantung tersumbat
Pendedahan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat buat Zara agar terus kuat dan diberikan kesembuhan.








