Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berdepan risiko lumpuh kekal selepas saraf tulang belakang toraksnya mengalami kecederaan serius akibat dihempap oleh anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.
Menurut Pegawai Perubatan Swasta, Dr. Mohd Hafidz Rizal Amran, mangsa sudah mula merasai kebas pada anggota badan berikutan keretakan dan kemek pada tulangnya yang berpotensi menekan saraf utama.
“Dalam tempoh 48 hari ini, dia perlu dipantau dengan rapi dan tidak boleh bergerak aktif. Tulangnya kini sangat rapuh, silap sedikit boleh membawa kepada kelumpuhan,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Beliau menjelaskan, tahap kesakitan yang dialami mangsa berada pada skor lapan daripada 10 kerana bukan hanya tulang yang terkesan, tetapi turut melibatkan saraf di kedua-dua sisi badan.
- ‘Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu’ – Sanusi
- ‘Laporan RCI Tabung Haji ditangguh demi elak rakyat hilang keyakinan’ – Anwar
- Hannah Yeoh ibaratkan kerjasama BN-PN seperti Titanic yang menunggu masa karam
- ‘RCI Tabung Haji bukan untuk tutup cerita, tetapi noktah hitam perlu diakhiri’ – Kamil
- ‘Eton’ saya dah takdak’- Nina Fazurina
“Yang paling membimbangkan ialah risiko lumpuh. Dia perlu memakai alat sokongan ‘cast’ selama tiga hingga enam bulan untuk menstabilkan tulangnya,” tambah beliau berdasarkan laporan perubatan daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Selain itu, Muhamad Za’imuddin turut mengalami komplikasi seperti kesukaran mengawal pembuangan air kecil dan besar. Akibat kecederaan ini juga, pembedahan hernia yang dijadualkan pada 18 April terpaksa ditangguhkan.
Laporan perubatan penuh dijangka siap dalam masa 40 hari dan boleh digunakan sebagai dokumen sah di mahkamah. Buat masa ini, beliau menerima cuti sakit selama 48 hari sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
“Kalau demam pun doktor cuma beri cuti tiga ke tujuh hari. Tapi kes ini jauh lebih teruk. Dia tak boleh lagi berniaga belon buat masa ini,” ujar Dr. Mohd Hafidz.








