Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa semua pihak memainkan peranan meredakan perselisihan yang berlaku antara institusi diraja.
Beliau berkata, golongan pembesar tanpa mengira latar belakang atau jalur politik seharusnya bertindak sebagai pendamai dalam menghadapi situasi berkenaan.
Menurutnya, mereka tidak sepatutnya menjadi pihak yang menghangatkan lagi keadaan atau mencetuskan ketegangan lebih besar.
“Raja dengan Raja berselisih. Pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai, bukan batu api yang menghangatkan perbalahan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Baca juga:
- ‘Cacing-cacing kepanasan UMNO’ – Tony Pua balas kritikan
- Di sebalik kisah derma organ Muhammad Aidil, kakak kongsi detik terakhir adik
- Selisih faham mesej Whatsapp, pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul tiga pelajar
Muhamad Akmal berkata, sebarang perselisihan yang berpanjangan akhirnya boleh memberikan kesan kepada rakyat.
Justeru, beliau turut menaruh harapan agar pendamaian dapat dicapai dalam kalangan Raja-Raja demi kepentingan rakyat dan negara.








