'Kami takut Pencipta angin’ – Jurulatih Senegal beri jawapan padu isu solat Jumaat | The Reporter

‘Kami takut Pencipta angin’ – Jurulatih Senegal beri jawapan padu isu solat Jumaat

Jurulatih Senegal memberikan kenyataan kepada wartawan mengenai isu pemain menunaikan solat Jumaat ketika ribut di Piala Dunia.
Gambar: Facebook Pepe Thiaw

Tindakan pasukan kebangsaan Senegal yang tetap keluar dari hotel ketika ribut kuat melanda bagi menunaikan solat Jumaat mencuri perhatian dunia sukan antarabangsa ketika berlangsungnya Piala Dunia di Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku apabila hotel penginapan skuad Senegal di New Jersey dilanda cuaca buruk dengan tiupan angin kencang, sehingga pihak keselamatan mengeluarkan arahan agar semua pemain tidak meninggalkan premis demi keselamatan.

Namun, arahan itu tidak menghalang beberapa pemain dan staf pasukan untuk tetap bergerak keluar bagi menunaikan tanggungjawab agama mereka, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan media antarabangsa.

Seorang wartawan Amerika Syarikat kemudian mengajukan soalan kepada jurulatih Senegal mengenai keputusan berani tersebut yang dilihat berisiko tinggi dari sudut keselamatan.

@hocayarisi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Namazdan önemli bir şey mi var?” Senegal millî takımı, şiddetli rüzgar uyarısına rağmen Cuma namazına gitti, teknik direktör Pape Thiaw, gazeteciye ibretlik bir cevap verdi! Gazeteci: “Bugün New Jersey eyaletinde şiddetli rüzgar vardı ve güvenlik heyeti, güvenliğiniz için dışarı çıkmamanızı istedi ama siz neden namaza çıktınız?” Thiaw: “Namazdan daha önemli bir şey var mı? Sen rüzgardan korkuyorsun, biz rüzgarı yaratan Allah’tan korkuyoruz. Biz buraya eğlence amaçlı bir oyun için geldik ama Allah’a ibadet için yaratıldığımızı unutamayız. Eğer bugün Dünya Kupası finali olsaydı ve biz finalde olsaydık, Cuma namazı için gidersek şampiyonluğu kaybedecek olsak da Cuma namazını tercih ederiz, onun vakti belli çünkü. Bizim dinimizin ritüelleri hakkında bizimle böyle konuşamazsınız.” #Pray #prayer #Senegal #Namaz #senegalaise_tik_tok

♬ orijinal ses – hocazâde

Jurulatih Senegal, Pepe Thiaw, memberikan jawapan yang ringkas tetapi penuh makna sehingga membuatkan wartawan terdiam.

“Engkau takut kepada angin, sedangkan kami takut kepada Dia yang menciptakan angin. Walaupun kami sampai ke final Piala Dunia, kami tetap akan menunaikan solat Jumaat, walaupun terpaksa kehilangan trofi itu,” katanya.

https://www.tiktok.com/@fifaeliteleague6/video/7652337841141320991?_r=1&_t=ZS-97Ildc94fQq
Baca juga:

Kenyataan itu menggambarkan keteguhan pegangan agama dan prinsip pasukan Senegal, yang sanggup mendahulukan tuntutan ibadah walaupun berada di pentas sukan paling berprestij di dunia.

Tindakan tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak antarabangsa, dengan ramai yang menyifatkannya sebagai simbol disiplin, keimanan dan jati diri yang kuat.

Related Posts