Video 'Birthday Prank' ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf | The Reporter

Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf

Didi Astillah mohon maaf susulan video tular birthday prank ibu
Gambar: Instagram Didi Astillah.

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tampil membuat permohonan maaf susulan video tular memaparkan kejutan sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terdahulu, sambutan hari lahir ibu kepada Bella Astillah dan Didi Astillah menjadi perhatian ramai selepas video memaparkan Didi bertengkar dengan seorang pelayan restoran tular di beberapa platform media sosial. Turut kelihatan dalam rakaman tersebut ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang sedang menikmati makan malam bersama keluarga tunangnya.

Menerusi video berkenaan, Syed Saddiq dilihat cuba meleraikan pertengkaran tersebut sebelum dimaklumkan bahawa situasi berkenaan hanyalah sebahagian daripada kejutan atau ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran ibu mereka.

@wawa_adilainie11

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Happy birthday mama kpd bella astillah.. mama eina.. last gaya didi 🤣 #bellasyedyes #bermuarsabah #dayanguntuksyed #bellaastillah #syedsaddiq

♬ Burning Up (Fire) – BTS

Rakaman itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji tindakan ibu mereka, Eina Astillah, yang dilihat menegur Didi susulan kekecohan tersebut. Namun, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan berkenaan, lebih-lebih lagi kerana ia turut melibatkan Syed Saddiq yang merupakan seorang ahli politik.

Susulan kritikan yang diterima, Didi tampil memberi penjelasan menerusi media sosial. Menurutnya, konsep kejutan seperti itu bukanlah kali pertama dilakukan dan pengikut setianya yang telah lama mengikuti perkembangan dirinya pasti pernah melihat kandungan seumpama itu sebelum ini.

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing. Mungkin pengikut yang dah lama mengikuti saya pernah nampak saya buat perkara sama sebelum ini, cuma ketika itu kurang mendapat perhatian,” katanya.

Hantaran Didi di Instagram
Baca juga:

Dalam masa sama, Didi turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa tidak selesa dengan video tersebut. Beliau menjelaskan bahawa majlis itu diadakan di sebuah bilik persendirian yang ditempah khas dan video yang tular dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka tanpa mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu.

Menurut Didi, individu berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf atas tindakan tersebut.

Didi juga memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berada dalam keadaan baik dan tidak terkesan dengan situasi yang tular.

“Abang Saddiq okay je. Tenang ya guys. Janganlah kait-kaitkan family. Setiap family berbeza caranya,” katanya.

Related Posts