Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang warga emas memandu secara lawan arus di lebuh raya DASH Highway, sekali gus mencetuskan situasi cemas kepada pengguna jalan raya lain.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di laluan sebelah kanan lebuh raya berkenaan, sebelum tindakan warga emas itu disedari oleh beberapa pemandu lain yang berada di lokasi kejadian.
Menurut saksi, situasi menjadi berbahaya apabila kenderaan warga emas berkenaan dilihat bergerak melawan arah aliran trafik, menyebabkan beberapa pengguna jalan raya bertindak membunyikan hon berkali-kali sebagai isyarat kecemasan agar pemandu tersebut berhenti serta menyedari kesilapannya.
Tidak lama kemudian, warga emas itu dilihat berhenti di laluan sama selepas menyedari keadaan sebenar.
Berdasarkan perkongsian di Thread byalphaneta, warga emas berkenaan memaklumkan bahawa dia baru pulang dari masjid dan dipercayai tersilap jalan.
“Lawan arus di DASH Highway. Makcik ni baru balik masjid. Salah jalan dia kata. Anak-anak tolonglah pantau mak korang ni,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Baca juga:
- Kisah Atok Grab tular raih perhatian, terima bantuan kerajaan
- Video tular warga emas pandu lawan arus di Lebuhraya DASH
- Adik Presiden Ireland antara ditahan tentera Israel
Tambahnya lagi, warga emas itu juga tidak tahu menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze, menyebabkan beliau tidak menyedari kesilapan laluan yang diambil.
“Nak guna Waze pun makcik ni tak tahu. Terpaksa call peronda DASH bantu,” katanya lagi.
Insiden berkenaan turut mengundang perhatian orang ramai yang rata-ratanya bimbang dengan aspek keselamatan pengguna jalan raya, selain menyeru agar ahli keluarga lebih peka memantau warga emas yang masih memandu bagi mengelakkan kejadian seumpama berulang.









