Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh yang dikenali sebagai Azlan The Proton Type tampil menjelaskan mengenai isu lagu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menjadi perhatian ramai di media sosial, dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan rapper Zynakal sebelum ini.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Azlan menjelaskan lagu AI yang dihasilkannya itu sebenarnya dibuat bagi tujuan pemasaran, namun tidak menyangka ia mendapat sambutan hangat kerana liriknya dianggap dekat dengan kehidupan ‘jualan’.
Menurutnya, perhatian media terhadap lagu tersebut kerana fenomena penggunaan AI serta keberkesanan teknik pemasaran yang digunakan.
“Lagu AI yang aku buat adalah untuk tujuan pemasaran, tapi orang suka kerana lirik yang relate dengan kehidupan ‘jualan’.
“Media mengangkat kisah itu disebabkan fenomena yang berlaku dan keberkesanan teknik pemasaran itu sendiri,” tulisnya.

Baca juga:
- Keluarga mangsa tragedi tanah jerlus Masjid India tuntut pampasan RM800,000
- Murid Tahun Lima jatuh dari bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasut
- ‘Lagu AI cuma untuk pemasaran’ – Azlan The Proton Type respon isu hangat
Dalam masa sama, Azlan turut menjelaskan bahawa lagu tersebut kini sedang dalam proses rakaman studio, manakala ‘karya kedua’ yang diperkatakan sebelum ini merujuk kepada lagu baharu yang bakal dihasilkan bersama seorang komposer.
Tambahnya lagi, dia tidak memperoleh sebarang keuntungan daripada lagu AI berkenaan kerana karya itu tidak didaftarkan dan tidak mempunyai hak cipta.
“Dari lagu AI ni, aku tak ada apa-apa benefit kerana tidak berdaftar dan tidak ada hak cipta. So pelan-pelan tenang,” katanya.
Walaupun berdepan pelbagai reaksi, Azlan mengakui gembira melihat ramai menikmati lagu tersebut meskipun ia hanya dihasilkan menggunakan teknologi AI.
“Sejujurnya aku happy bila orang enjoy lagu itu, walaupun hanya lagu AI. Terima kasih semua,” ujarnya.
Terdahulu, Zynakal meluahkan pandangan mengenai fenomena lagu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang semakin tular dalam industri muzik tempatan.
Zynakal dalam hantaran di Thread menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan mana-mana pihak, namun menyuarakan kebimbangan apabila karya AI yang menjadi viral dilihat lebih mendapat sambutan berbanding usaha pemuzik sebenar.









