Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi Amira Othman mengesahkan dirinya kini sedang hamil sekali gus berkongsi perkembangan peribadi serta perjalanan awal kehamilannya yang sebelum ini tidak didedahkan kepada umum.
Amira yang juga isteri kepada aktor Fattah Amin berkata, beliau kini berada pada usia kandungan sekitar 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun ini.
“Alhamdulillah, saya mengesahkan kini sedang hamil. Usia kandungan sudah pun mencecah 30 minggu dan insya-Allah dijangka bersalin pada akhir Jun atau awal Julai nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Amira turut memohon doa orang ramai agar segala urusan kandungan dan proses bersalin dipermudahkan.
“Saya mohon doa daripada kalian agar dipermudahkan urusan kandungan saya, urusan bersalin saya dan segala urusan yang lain. Semuanya adalah rezeki yang sudah Allah tulis,” katanya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Beliau berkata, keputusan untuk berkongsi perkara tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk nasihat keluarga, suami serta pihak yang lebih berpengalaman, selain memilih untuk lebih berhati-hati sepanjang awal kehamilan.
“Sebelum ini saya memilih untuk menyembunyikannya dahulu kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi saya ikut nasihat keluarga dan orang yang lebih berpengalaman,” jelasnya.
Amira turut mengakui kehidupan sebagai figura awam memerlukan kekuatan mental serta banyak berdoa, selain memilih untuk tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara negatif.
“Sebenarnya bila berada di bawah perhatian umum, kita perlu banyak berdoa. Orang baik memang ramai, tetapi ada juga yang mungkin ada yang tak suka juga. Namun saya bertawakal sahaja. Saya tidak mahu fokus kepada perkara negatif,” katanya.









