'Lahir di Malaysia, tapi…'- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan | The Reporter

‘Lahir di Malaysia, tapi…’- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan

Lelaki 24 tahun luah cabaran hidup tanpa kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia
Tangkap layar video tular merakamkan luahan hati lelaki berkenaan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki meluahkan rasa tertekan dengan situasi hidupnya apabila masih tidak mempunyai kewarganegaraan walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

Menurut perkongsian video tular, dia memaklumkan dilahirkan di Malaysia tetapi tidak memperoleh status warganegaraan kerana ibu bapanya bukan warganegara Malaysia. Dia turut mendakwa bahawa isu dokumentasi dan pendaftaran kewarganegaraan tidak diuruskan dengan baik oleh pihak keluarga sejak awal.

Katanya, mak ayahnya tidak mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan hal dokumentasi ketika beliau masih kecil, menyebabkan dirinya kini berdepan kesan jangka panjang apabila dewasa.

“Sekarang umur aku dah 24 tahun. Baru aku sedar yang aku sebenarnya dah tak ada banyak pilihan. Aku dah dewasa, dan sekarang aku mula fikir tentang masa depan. Mak ayah aku pula tak ambil tanggungjawab untuk fikirkan hal ini dari awal.

“Tapi aku bukan nak salahkan mereka, sebab aku anggap ini semua takdir Allah. Benda dah jadi, memang tak boleh nak diubah,” katanya.

@anakhantoopenang

Ayah bangladesh & Ibu Indonesia. Lahir di Malaysia. Cakap melayu memang fasih. Budak baik. Tapi secara peribadinya, bukan tanggungjawab Malaysia utk terima dia sebagai warganegara. Dia boleh mohon kewarganegaraan Indonesia atau Bangladesh. Dalam video tu pun dia ada cakap mak ayah dia tak nak ambil tanggungjawab untuk isu dokumentasi. Cerita dia separuh masak. Maksudnya ada fakta penting yang dia tak ceritakan sepenuhnya. Tak perlu salahkan kerajaan. Ini semua kecuaian dan sikap selfish individu. Sebenarnya banyak je kes ni jadi kat Malaysia. Sudah tentu yang libatkan warga asing. Selalunya sebab tiada dokumen nikah. Kedutaan minta dokumen nikah tak boleh provide. Bukan tak nikah, tapi nikah cara kampung. Rukun nikah semua complete tapi tak daftar. Pendek kata, kita boleh simpati je la. Tapi tak payah nak salahkan pihak lain dalam situasi ni. Kecuaian dan ketidakprihatinan individu. Masih boleh diperbaiki walaupun perjalanannya agak berliku2

♬ original sound – halim BOND – IdrisBond
Baca juga:

Pada usia 24 tahun, dia mula menyedari bahawa status tersebut memberi kesan besar terhadap kehidupannya, termasuk kebimbangan mengenai masa depan keluarga sekiranya berkahwin dan mempunyai anak pada masa akan datang.

“Cuma sekarang aku rasa macam dah buntu. Kalau orang lain rasa tertekan dengan kehidupan mereka, cuba fikirkan situasi aku, aku rasa macam aku tak ada masa depan. Kalau aku kahwin di Malaysia, anak aku nanti mungkin juga tak ada masa depan yang baik,” ujarnya.

Dia turut menyatakan rasa sukar untuk merancang kehidupan seperti individu lain kerana kekangan dokumentasi yang dihadapi, meskipun boleh melaksanakan perkahwinan mengikut hukum Islam.

“Aku boleh kahwin dari segi Islam, tapi dari sudut undang-undang, aku tak layak. Kalau aku kahwin, tak ada dokumen rasmi yang sah. Memang rumit, aku tahu. Tapi itulah undang-undang yang aku terpaksa hadapi,” katanya lagi.

Related Posts