Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah bahawa Baginda akan menentukan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office hari ini, Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara berkenaan.
Baca juga:
- Siew Ki jelaskan cadangan isu penternakan babi moden berdasarkan suara rakyat
- YDPA akan tentukan calon baharu terajui SPRM
- Wanita minta sunting gambar sambut hari lahir suami buat ramai tersentuh
Baginda bertitah, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah amat penting dalam memastikan suruhanjaya itu terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Baginda.









