Wanita minta sunting gambar sambut hari lahir suami buat ramai tersentuh | The Reporter

Wanita minta sunting gambar sambut hari lahir suami buat ramai tersentuh

Netizen bantu sunting gambar keluarga sambutan hari jadi dengan latar cantik dan suasana mesra
Gambar: Hazim Shafi, Cahya Kirana Edit Apa Hari Ni

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu hantaran seorang wanita di kumpulan Facebook Edit Apa Hari Ini telah mencuri perhatian ramai apabila permintaannya untuk menyunting gambar keluarga menjadi tular dan mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan memohon bantuan netizen untuk mengubah latar belakang gambar mereka yang dirakam ketika menyambut hari jadi, dengan harapan suasana tampak lebih cantik dan kemas.

Difahamkan, gambar yang diimpikan menunjukkan pasangan suami isteri bersama anak sedang meraikan sambutan dengan memotong kek.

“Hari ni hari jadi suami. Boleh tolong editkan tempat yang cantik tak? Macam di pantai ke sambil potong kek. Gambar kami berdua ke.

“Kalau boleh belakang tu nampak cantik. Sambil potong kek 23 April,” katanya.

Hantaran seorang wanita di kumpulan Facebook Edit Apa Hari Ni mendapat perhatian ramai
Baca juga:

Menariknya, hantaran itu bukan sahaja mendapat perhatian, malah turut mengundang rasa simpati dan kegembiraan netizen. Ramai yang menunjukkan bakat hasil suntingan gambar, malah ada yang menyatakan hasrat untuk menghadiahkan kek dan makanan kepada keluarga berkenaan.

Related Posts