RTM hentikan animasi Cleopatra in Space | The Reporter

RTM hentikan animasi Cleopatra in Space

RTM hentikan siaran Cleopatra in Space di TV2 selepas aduan penonton
Cleopatra In Space

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space di TV2 susulan aduan daripada penonton berkaitan kandungan program tersebut.

Menurut kenyataan RTM, siri animasi itu telah disiarkan pada 18 dan 19 April 2026 (Sabtu dan Ahad) pada pukul 9.00 pagi. Bagaimanapun, selepas menerima maklum balas awam, pihak penyiaran awam itu memutuskan untuk menghentikan sepenuhnya tayangan berkenaan.

Dalam masa sama, RTM memaklumkan bahawa satu siasatan dalaman yang menyeluruh sedang dijalankan bagi meneliti isu yang dibangkitkan serta memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Baca juga:

RTM turut menegaskan komitmennya sebagai stesen penyiaran awam negara untuk terus menyediakan kandungan yang berkualiti, selamat dan selaras dengan sensitiviti masyarakat, agama serta norma budaya tempatan.

“RTM merakamkan ucapan terima kasih kepada penonton yang prihatin serta sentiasa memberikan maklum balas yang membina demi penambahbaikan mutu siaran kami,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa rancangan tersebut mengandungi watak berunsur pasangan sejenis.

Dalam hantaran yang ditujukan kepada pihak stesen berkenaan, individu tersebut memaklumkan bahawa dia secara tidak sengaja menemui rancangan itu ketika anaknya sedang menonton.

Related Posts