Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penayangan animasi Cleopatra In Space di sebuah saluran stesen televisyen mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen selepas seorang pengguna media sosial mendakwa rancangan tersebut mengandungi watak berunsur pasangan sejenis.
Dalam hantaran yang ditujukan kepada pihak stesen berkenaan, individu tersebut memaklumkan bahawa dia secara tidak sengaja menemui rancangan itu ketika anaknya sedang menonton.

Baca juga:
- Isu fitnah: MP Jasin, Harakah mohon maaf kepada Fadhlina
- Animasi Cleopatra In Space didakwa ada unsur pasangan sejenis
- Sultan Selangor cadang SUKMA Selangor ditangguhkan
Bagaimanapun, dakwaan mengenai kewujudan elemen tersebut dalam kandungan animasi berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mempersoalkan bagaimana kandungan sedemikian boleh melepasi proses tapisan sebelum disiarkan di televisyen tempatan, khususnya dalam slot tontonan kanak-kanak.
“Siapa yang luluskan siaran ini? Bukankah ada garis panduan kandungan untuk tontonan umum?” soal seorang pengguna.
Seorang lagi netizen menyatakan kebimbangan terhadap pengaruh kandungan luar terhadap kanak-kanak jika tidak dipantau dengan teliti.
Dalam masa sama, terdapat juga cadangan daripada orang ramai agar pihak penyiar lebih berhati-hati dalam memilih dan menapis kandungan, terutama program yang disasarkan kepada penonton muda. Mereka menekankan kepentingan memastikan setiap rancangan mematuhi garis panduan tempatan serta sensitiviti masyarakat.
Menerusi hantaran di Thread berkenaan juga, seorang wanita berkongsikan perincian watak dalam animasi tersebut. Theoda dan Pothina, ibu kepada Akila Theoris, telah disahkan sebagai watak pasangan sejenis.
Hubungan mereka dipaparkan sebagai pasangan suami isteri (berkahwin), sering digambarkan sebagai ibu bapa yang ‘dorky’ (lurus bendul/skema), penyayang dan sentiasa menyokong anak perempuan mereka, Akila.
Animasi Cleopatra In Space mula disiarkan pada 19 April 2026, jam 9.00 pagi dan menampilkan kisah Cleopatra, seorang puteri remaja Mesir yang mengembara ke masa hadapan selepas terperangkap dalam portal misteri.









