'Rafizi, lawan terus bukan lawan sekejap, bukan keluar sekejap' - Syahir Sulaiman | The Reporter

‘Rafizi, lawan terus bukan lawan sekejap, bukan keluar sekejap’ – Syahir Sulaiman

Syahir Sulaiman mengulas kenyataan Rafizi Ramli mengenai himpunan Tangkap Azam Baki dan kedudukan dalam PKR
Rafizi Ramli, Sayhir Sulaiman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, tampil mengulas kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berhubung seruan untuk mengadakan ‘demo sebenar’ pada 25 April ini.

Menurut Syahir, Rafizi sebelum ini lantang membawa slogan ‘Tangkap Azam Baki’ ketika masih di luar kerajaan. Namun, beliau mendakwa nada tersebut berubah selepas Rafizi menyertai pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya susulan lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Beliau turut menyifatkan Rafizi sebagai antara aset terbesar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjaya menarik sokongan pengundi, khususnya generasi muda, menerusi pelbagai isu sebelum ini seperti skandal NFC, 1MDB serta janji-janji berkaitan kos sara hidup. Bagaimanapun, Syahir berpendapat kedudukan Rafizi kini semakin berubah apabila dilihat lebih kritikal terhadap kepimpinan semasa.

Baca juga:

Dalam kenyataan sama, Syahir mendakwa PKR kini berdepan dilema sama ada untuk terus mempertahankan Rafizi atau menganggapnya sebagai liabiliti politik. Namun, beliau menegaskan perkara itu mungkin tidak memberi kesan besar kepada rakyat.

Mengulas lanjut mengenai himpunan yang dirancang, Syahir menggesa supaya ia dilaksanakan secara aman selaras dengan prinsip demokrasi. Beliau turut membandingkan dengan beberapa perhimpunan terdahulu seperti #BantahICERD dan #TurunAnwar yang menurutnya berlangsung tanpa provokasi.

Dalam nada sinis, beliau turut menyentuh mengenai kemungkinan ‘isyarat’ melalui warna pakaian yang bakal dipilih Rafizi pada hari himpunan tersebut, sama ada mencerminkan kesetiaan kepada parti, kecenderungan aktivisme atau petunjuk kepada hala tuju politik baharu.

Related Posts