Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim memaklumkan bahawa dia kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Ahmad Aslam.
Menerusi hantaran di Instastory, Marissa berkata perbicaraan kes yang berlangsung sebelum ini telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana dia masih belum memberikan keterangan di mahkamah.
“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan,” katanya.
Menurutnya, keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai, sekali gus mengesahkan hubungan mereka kini dalam fasa perpisahan.
“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai,” jelasnya.

Baca juga:
- Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah bercerai talak satu
- ‘Kami kini dalam proses berpisah’ – Marissa
- Anak Linda Rafar peroleh 9A dalam SPM
Dalam masa sama, Marissa turut berharap agar semua pihak tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan serta memberi ruang tanpa membuat sebarang spekulasi.
“Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak. Give some space and please don’t jump to conclusions or assume things,” katanya.
Sebelum ini, isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan tampil menjelaskan bahawa dia tidak lagi mahu terlibat dalam konflik rumah tangga suaminya, Ahmad Aslam bersama Marissa Dania Hakim.
Menurutnya, dia terpaksa bersuara selepas menerima pelbagai fitnah dan hinaan yang turut menjejaskan keluarga serta anak kecilnya. Umisya mendakwa sebelum ini dia pernah berkongsi isu tersebut atas permintaan pihak tertentu bagi menghentikan hubungan berkenaan, selain sudah melakukan pelbagai usaha dan perbincangan bersama keluarga pihak terlibat.









