Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai cukup sebak dengan pengorbanan yang dilakukan oleh abang iparnya.
Menerusi satu video yang dikongsikan, abang iparnya, Saripul Hizan Doraman menerima penghormatan terakhir dari staf hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana sumbangan yang cukup besar sebagai penderma organ.
Menurut Mizan Sabri, abang iparnya telah meninggal dunia pada Isnin kerana diserang strok yang mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi (brain death).
“Pakar anaesthesiologist telah membuat dua kali pemeriksaan dan penilaian, membawa kepada keputusan bahawa Abang Epul telah meninggal dunia pada 30/3/2026 pada jam 2.18 pagi,” katanya.
Baca juga:
- Allahyarham Saripul terima penghormatan terakhir sebagai penderma organ
- JPJ Selangor raih pujian, tumpangkan sebuah keluarga naiki kereta peronda
- Tiada tol di Selat Hormuz, Iran jamin laluan selamat kapal Malaysia
Ujarnya, semasa berbincang bersama keluarga kedua-dua belah pihak, keluarga berhasrat untuk mendermakan buah pinggang Allahyarham Saripul kepada isterinya yang juga kakak kepada Mizan Sobri bagi meringankan beban rawatan dialisis harian serta tanggungjawab membesarkan tiga orang anak.Namun, hajat ini tidak dapat direalisasikan kerana isterinya masih belum bersedia untuk menjalani transplantasi renal (pembedahan pemindahan buah pinggang).
“Sekurang-kurangnya sebahagian daripada jasad Abang Epul masih hidup dengan Kak Idah. Namun, kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu lagi besar, hajat kami tidak kesampaian memandangkan Kak Idah masih belum bersedia untuk membuat renal transplant.
“Akhirnya kami reda, mungkin ini adalah hajat dan impian terakhir Abang Epul untuk terus beramal dan jadikan bekalan amal di akhirat nanti,” katanya.
Didermakan buat pesakit di Hospital Selayang, HKL
Difahamkan, dua buah pinggang Allahyarham telah berjaya didermakan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang, manakala hati (liver) pula didermakan di Hospital Selayang.
“Kami turut dimaklumkan pihak hospital bahawa terdapat pesakit yang memerlukan hati, yang mana pesakit tersebut hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk terus hidup. Keputusan dibuat, kami bersetuju untuk mndermakan dua buah pinggang dan satu hati kepada mereka yang memerlukan. Dua buah pinggang itu telah selamat didermakan di HKL dan hospital selayang, Hati (liver) di hospital Selayang,” jelasnya.

Dalam satu hantaran tular di Thread, seorang lelaki yang dipercayai merupakan pegawai perubatan memuat naik gambar beberapa kotak yang dipercayai mengandungi organ-organ pendermaan sebelum ia dibawa ke hospital tertentu.









