Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak dilaporkan bersedia pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi menyerahkan diri, namun meletakkan beberapa syarat.
Menerusi perkongsian di Thread tanah.malaya, syarat yang dikemukakan berkaitan dengan perobohan empat kuil tidak sah.
Empat lokasi yang dimaksudkan ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel.
“Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri.
“Kami strategis Tanah Malaya datang dari latar teknikal, bukannya seni dan hanya biasa dengan satu perkara: problem solving. Walaubagaimanapun, hari ini kami cuba untuk bertindak seperti orang seni,” katanya.

Baca juga:
- Tiga lelaki ditahan dalam kes rusuhan bersenjata
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
- Setiap Ramadan & Raya, Peluang Terbaik Untuk Susun Kewangan Lebih Baik
Dalam pada itu, memetik laporan Sinar Harian, Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas dimaklumkan bahawa tertuduh kini berada di Riyadh, Arab Saudi.
Tamim Dahri dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas dakwaan merosakkan objek soolam, iaitu simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebelum ini mengesahkan seramai empat individu akan didakwa berhubung kes provokasi agama. Mereka termasuk penyelaras Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth, aktivis Arun Dorasamy, selain Tamim Dahri dan P. Mahendra Boopathy.










