Jemaah Tarekat Naqsabandiyah di Kota Padang, sambut 1 Syawal pada Rabu | The Reporter

Jemaah Tarekat Naqsabandiyah di Kota Padang, sambut 1 Syawal pada Rabu

Jemaah Tarekat Naqsabandiyah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jami’ Padang dalam suasana meriah
Gambar: Tribun Padang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jemaah Tarekat Naqsabandiyah di Lubuk Sarik, Kota Padang, Indonesia menyambut 1 Syawal lebih awal apabila menunaikan solat sunat Aidilfitri 1447 Hijrah pada Rabu.

Walaupun sambutan Aidilfitri itu berbeza daripada ketetapan rasmi pemerintah, suasana tetap meriah dengan kehadiran jemaah yang memenuhi Masjid Jami’. Difahamkan, jemaah dari empat kampung sekitar turut hadir bagi menunaikan solat bersama.

Memetik laporan Tribun Padang, seorang penduduk, Siska, berkata dia menyediakan hidangan lontong dengan dua jenis kuah iaitu gulai tauco dan gulai nangka sebagai juadah istimewa tahun ini.

Menurutnya, menu tersebut dipilih kerana lebih mudah disediakan selain mahu kelainan berbanding tahun sebelumnya.

“Kalau tahun lalu saya masak soto, tahun ini pilih lontong. Selain nak tukar menu, penyediaannya juga lebih mudah,” katanya.

Dalam pada itu, Siska menyifatkan suasana Aidilfitri kali ini lebih meriah apabila masjid dipenuhi jemaah.

“Memang meriah, ramai yang datang. Ada dari empat kampung yang solat Aidilfitri hari ini,” katanya lagi.

Baca juga:

Tambahnya, sambutan tahun ini lebih bermakna apabila mereka berjaya melengkapkan ibadah puasa selama 30 hari penuh selepas memulakan Ramadan lebih awal pada 16 Februari lalu.

“Sangat gembira, tak terasa sudah cukup 30 hari berpuasa,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Tamrin, 68, turut berkongsi pandangan sama apabila mengakui suasana Aidilfitri tahun ini lebih meriah berbanding sebelumnya.

Related Posts