Kompilasi Iklan Raya Paling Top Wajib Tonton Tahun Ini | The Reporter

Kompilasi Iklan Raya Paling Top Wajib Tonton Tahun Ini

raya must watch

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap tahun, semestinya semua orang ternanti-nanti iklan-iklan Raya untuk memeriahkan sambutan Syawal. Jom kami kongsikan senarai iklan Raya wajib layan tahun ini.

Watsons

Raya sinonim dengan baju sedondon, baru meriah satu family besar melaram sakan dengan persalinan serba baru, warna sama, stail juga kenalah sama, barulah kena!

Tapi apa yang jadi bila baju Raya lari tema. Alamak, salah siapa ni? Ada yang tak dapat memo ke? Ketahui kesudahannya dalam iklan Raya Watsons, Pentas Raya Glam.

Grab

Dah lapar, order Grab, sekali Grab suruh sabar? Mestilah terkejut kan? Grab mempersembahkan sebuah muzikal Ramadan Raya tentang erti kesabaran, saling memahami dan menghargai.

Jom saksikan muzikal yang berinspirasikan dari kisah benar ini. Siapa sangka ada rider Grab nama Sabar!

Maybank

Dalam tak sedar, anak-anak sebenarnya banyak ‘menumpang’ berkat seorang mak dalam hidup sehari-hari.

Mungkin tidak jelas dan cuma tersirat di sebalik hal-hal kecil, namun berkatnya hadir sebagai bekalan untuk anak-anak menempuh kehidupan. 

Saksikan filem web Berkat Mak dari Maybank untuk ikuti kisah ini.

GWM

Perjalanan pulang ke rumah untuk bersama keluarga adalah momen paling dinanti setiap tahun.

Saksikan kisah penuh kehangatan, kejutan dan kasih sayang yang menjadikan perjalanan Raya lebih bermakna.

Diarahkan oleh Pekin Ibrahim, filem pendek ini dibintangi barisan pelakon hebat Fadhli Masoot, Hasnul Rahmat dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, pasti buat anda rasa lebih dekat dengan keluarga.

Lalamove

Abang Lalamove, Talha kini muncul dalam video terbaru, siap rap lagi guys! Nak tahu padu tak padu, kenalah layan sendiri!

Yang penting, Ramadan ini kurangkan stres, lebihkan ibadah, yang lain biar Lalamove settlekan. Jangan lupa untuk dapatkan diskaun 30% dengan kod LAREZEKI.

U Mobile

U Mobile bawakan bukan satu tapi dua lagu Raya tahun ini. Pertama, Duit Raya dari Sharul Kamal dan Mierul Aiman.

Rancak dengan lirik yang mencerminkan keadaan orang kita ketika sambutan Raya. Kepada peminat Mierul, jangan lepaskan peluang menonton bakat si kacak ini mempamerkan skill rapnya!

Gemersik suara Dayang Nurfaizah membawa pendengar tenggelam dalam lautan emosi mendalam.

Lagu Senyum Gugur DI Penghujung Doa adalah satu tribute kepada orang tersayang yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Kekuatan lagu ini adalah dari melodi dan liriknya yang puitis sehingga trending di TikTok di mana netizen berkongsi kisah sayu kehilangan insan dicintai.

Sunway

Sunway bawakan #SunwayForGood Sinar Ramadan membantu mereka yang memerlukan dengan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik. Semoga setiap kebaikan dibalas dengan berkali ganda kebaikan dalam bentuk yang lain.

Maxis 

‘Rezeki tak pernah salah alamat’. Maxis bawakan kisah kehangatan bazar Ramadan yang mungkin tak ramai sedar dan tahu.

Para peniaga bertungkus-lumus bekerja sebagai sumber rezeki sempena menyambut hari kebesaran umat Islam.

Namun, di sebalik keuntungan, muncul satu kebenaran yang lebih mendalam. Rezeki bukan sekadar apa yang kita peroleh, sebaliknya hadir dalam pelbagai bentuk. 

Pada saat kesedaran itu muncul, kita mula menyedari betapa banyak yang sebenarnya telah kita terima, lalu rasa syukur pun hadir secara semula jadi.

Tropicana

Bila ada misi penting, semua perbezaan ditolak tepi. Ini kisah Pak Cik Seman, Uncle Siva dan Uncle Boon yang bersatu hati disebabkan hanya untuk menumpaskan seekor ayam yang licik.

Bermacam-macam cara mereka lakukan demi menyempurnakan misi ini. Mampukah mereka bergabung tenaga dan mencapai tujuan utama? Jom sama-sama layan.

IWK

Gelagat adik-beradik ketika membesar, mestilah ada pasang surut, gurau tak bertempat walaupun bukan berniat jahat.

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bertemu juga. Dah Raya, jom sama-sama kita kosong-kosong dan mulakan buku baru.

KFC

Tak lengkap musim perayaan kalau tak ada lagu Raya kan? KFC bawakan lagu Kampung Kita nyanyian Wanie Kayrie yang catchy bakal jadi kegemaran ramai Syawal kali ini.

Lirik yang ringkas tapi mendalam ditambah pula dengan suasana kemeriahan kampung ketika Raya, mestilah on repeat!

Spritzer

Kisahnya bermula apabila Mak Ngah mula menghidu ada sesuatu yang tidak kena Alia si menantu baru dalam keluarga.

Adakah Alia ada samting-samting yang mencurigakan? Betul ke sangkaan buruk Mak Ngah tu? Atau.. Saksikan kesudahannya dalam Iklan Muzikal Raya Spritzer 2026: Samting-Samting.

Gardenia

Apa maksud sebenar keluarga? Kadang kala bukan pertalian darah yang mengikat kita, tetapi ikatan juga hadir dari kebaikan, kesetiaan dan rezeki yang dikongsi.

Gardenia ingin menyampaikan mesej untuk setiap dari kita bagi menghargai insan-insan yang menghadirkan rasa keluarga dalam hidup kita pada setiap masa.

MR.DIY

Kalau ada yang masih tak move on dari video muzik versi 2024, MR. DIY tampil dengan Raya Sama Sama 2026 untuk mengubati kerinduan.

Menampilkan bintang Alif Satar & The Locos, lagu ini lagi catchy, meriah dan pastinya jadi kegemaran ramai, confirm repeat dengar seharian pun tak bosan!

Related Posts