Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selalunya bila perut tiba-tiba teringin pasta yang sedap dan mengenyangkan, mesti terfikir malas nak sediakan atau makan masa lama. Tapi sebenarnya tak perlu pun.
Dengan Prego Convenient Pasta, semuanya jadi mudah, cepat dan renyah. Hanya dalam beberapa minit saja dah siap untuk dinikmati. Rahsianya?
Mestilah Prego!
Apa yang lebih menarik, sekarang dengan setiap hidangan Prego, anda juga berpeluang untuk anda menang duit raya tau. Macam mana tu?
Sempena musim Ramadan dan Raya, Prego kembali dengan peraduan yang ditunggu-tunggu setiap tahun iaitu #JomCariDuitRaya. Hanya perlu beli produk Prego Convenient Pasta bernilai minimum RM10, anda sudah boleh menyertai permainan flip card dan berpeluang memenangi hadiah keseluruhan sehingga RM50,000.
Semudah 1, 2, 3 Untuk Sertai

Mesti ramai yang nak tahu macam mana nak menang kan? Ikut langkah di bawah: Nak join pun memang semudah 1, 2, 3:
Langkah 1: Beli produk Prego Convenient Pasta bernilai minimum RM10 dalam satu resit
Langkah 2: Imbas Kod QR
Langkah 3: Muat naik resit & main permainan Flip Card
Lepas itu, hanya tunggu rezeki berpihak kepada anda. Kalau bernasib baik, anda boleh bawa pulang hadiah menarik seperti:

- Hadiah Utama: RM5,000 (1 pemenang)
- Hadiah Kedua: RM1,000 (5 pemenang)
- Hadiah Ketiga: RM100 (300 pemenang)
- Hadiah Saguhati: PIN Touch ‘n Go bernilai RM20 (500 pemenang)
Memang berbaloi. Makan sedap dapat, peluang menang duit raya pun ada.
Pilihan Pasta Sedap Yang Siap Dalam Beberapa Minit
Untuk sertai peraduan ini, anda hanya perlu beli dari rangkaian Prego Convenient Pasta yang terkenal dengan rasa sedap dan cara penyediaan yang mudah.
Prego Instant Pasta – Siap Dalam 5 Minit
Prego Instant Pasta menawarkan pilihan rasa seperti Carbonara Mushroom Mac, Mac & Cheese, Creamy Seafood Mac serta dua seleksi baru iaitu Four Cheese dan Truffle Mushroom.
Boleh disediakan dalam masa 5 minit sahaja. Sesuai sangat untuk makan masa sahur, moreh lepas terawih atau bila-bila masa anda rasa lapar.
Prego Quick Cook – Siap Dalam 3 Minit
Kalau jenis yang nak cepat tapi tetap sedap, boleh pilih Prego Quick Cook yang menawarkan 3 variasi enak Spicy Seafood Arrabbiata Spiral, Carbonara Mushroom Mac serta Mac & Cheese.
Istimewanya Prego Quick Cook ni, ia hanya mengambil masa 3 minit sahaja untuk disediakan, sesuai sangat untuk pelajar universiti atau mereka yang sibuk bekerja.
Jom Cari Duit Raya & Nikmati Keenakan Prego!

Walaupun Prego Instant Pasta dan Prego Quick Cook mudah disediakan, tapi pasta ini tetap mengekalkan kualiti yang baik.
Siap, sedia, buka.
Setiap hidangan merupakan sumber protein dan diperbuat daripada 100% gandum durum, menjadikannya pilihan yang mengenyangkan dan memberikan kepuasan bila makan. Jadi memang sesuai dijadikan hidangan cepat ketika sahur, moreh atau bila-bila masa bila perut mula lapar.
Kalau anda memang jenis suka makanan yang cepat, mudah tapi tetap puas hati, ini masa terbaik untuk cuba Prego sambil mencuba nasib menang duit raya. Peraduan akan tamat 31 Mac 2026. Tertakluk terma dan syarat.
Maklumat lanjut tentang peraduan layari https://prego123.com.my/jomcariduitraya/ atau ikuti Prego di Facebook dan Instagram.








