Terlalu banyak motosikal, antara punca KL semakin sesak - Penganalisis | The Reporter

Terlalu banyak motosikal, antara punca KL semakin sesak – Penganalisis

Motosikal punca kesesakan KL apabila lambakan kenderaan dua roda menjejaskan kapasiti jalan raya.
Pakar berpandangan motosikal punca kesesakan KL semakin ketara apabila jumlah kenderaan meningkat dan tekanan terhadap kapasiti jalan bertambah.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur semakin meruncing apabila jumlah kenderaan, khususnya motosikal, terus meningkat di jalan raya. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran trafik, malah memberi tekanan kepada kapasiti infrastruktur bandar.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, perubahan tabiat pengguna jalan raya perlu digerakkan secara lebih serius, khususnya dengan menggalakkan peralihan kepada pengangkutan awam.

Menurut beliau, kerajaan perlu mewujudkan ‘pushing factor’ bagi mendorong pengguna meninggalkan kenderaan persendirian.

“Kita perlu mula memikirkan pushing factor iaitu bagaimana kita nak membawa pengguna pengangkutan sendiri kepada pengangkutan awam dan alternatif itu sudah ada.

“Cuma bagaimana kita nak memastikan kos perjalanan menyeluruh itu akan mula membuatkan mereka yang berkemungkinan dalam pendapatan yang sederhana dan rendah akan merasakan bahawa tidak boleh tidak, mereka kena guna pengangkutan awam kerana kos menyeluruhnya sudah tidak mampu lagi untuk menggunakan pengangkutan sendiri,” katanya.

Baca juga:

Motosikal jejas kapasiti jalan

Ahmad Farhan turut menjelaskan, penggunaan motosikal yang terlalu tinggi menjadi cabaran besar dalam usaha mengurangkan kesesakan. Keadaan ini membezakan Malaysia dengan banyak negara lain yang lebih bergantung kepada sistem pengangkutan awam.

“Kita ada masalah sedikit berbanding dengan negara-negara lain sebab pengangkutan sendiri kita juga melibatkan motosikal. Dan motosikal kita terlalu banyak; kita juga tahu masalahnya dan ia juga mengganggu kapasiti jalan serta mempengaruhi tahap kesesakan.

“Jadi itu adalah masalah kita yang perlu kita faham dan perlu kita selesaikan,” jelasnya.

Cabaran ubah tabiat pengguna

Beliau berkata, perbincangan sebelum ini lebih tertumpu kepada pengguna kereta, sedangkan pengguna motosikal juga perlu diberi perhatian, kerana motosikal mempunyai kelebihan tersendiri yang menyebabkan ramai masih bergantung kepadanya.

“Bagi saya, kita kena cuba bawa pengguna motosikal dan juga pengguna kereta ke pengangkutan awam.

“Sekarang ini kita banyak bercakap tentang pengguna kereta, namun jurangnya terlalu jauh. Bagi saya, pengguna motosikal itu perlu dibawa kepada pengangkutan awam.

“Tetapi motosikal ini mempunyai kekuatannya sendiri; ia boleh mencelah (cilok), boleh merentasi dengan cepat,” katanya.

Perlu penyelesaian terbaik

Ahmad Farhan melihat penyelesaian masalah kesesakan perlu digerakkan secara serius dan berkesan, bukan sekadar perbincangan tanpa tindakan.

“Tapi itulah cabaran kita. Bagi saya, untuk kita serius menyelesaikan masalah ini, kita kena carilah penyelesaian yang paling baik. Insya-Allah,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Related Posts