'Kalau rasa siasatan tak ke mana, saya akan usulkan siasatan dihentikan' - Rafizi Ramli | The Reporter

‘Kalau rasa siasatan tak ke mana, saya akan usulkan siasatan dihentikan’ – Rafizi Ramli

Rafizi Ramli berkongsi perkembangan mengenai insiden seranagn ke atas anak dan isterinya.
Rafizi Ramli

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkongsi perkembangan berkaitan insiden serangan terhadap anaknya serta ugutan terhadap isterinya yang berlaku pada Ogos 2025.

Rafizi menegaskan beliau tidak pernah membuat surat atau menyoal siasatan secara terbuka, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang bertanggungjawab ke atas PDRM.

“Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS.

“Saudara Saifuddin adalah kawan lama sejak 1998. Saya serahkan amanah itu kepada beliau kerana mengenali rapat keluarga beliau dan beliau mengenali keluarga saya,” kata Rafizi.

Beliau menjelaskan bahawa sebarang perkembangan siasatan hanya diperoleh melalui laporan media. Namun, pada 1 Disember 2025, beliau mengadakan pertemuan selama lebih satu jam dengan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, di mana beberapa perkembangan dan sudut siasatan dikongsi secara peribadi.

Baca juga:

Susulan pertemuan itu juga, Rafizi kemudian mengemukakan soalan di Dewan Rakyat untuk mengesahkan maklumat tersebut dan jawapan rasmi mendedahkan dua perkara penting: pertemuan pada 1 Disember benar-benar berlaku dan beberapa maklumat berkaitan siasatan dikongsi dalam pertemuan itu, walaupun tidak dapat didedahkan secara terbuka demi menjaga proses siasatan.

Beliau menegaskan bahawa beliau memahami sistem siasatan yang mengambil masa dan bersedia menunggu, namun jika siasatan tidak membuahkan hasil, beliau akan mencadangkan supaya kes ini ditutup (NFA) sahaja.

“Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah.

“Yang nak kena pertahankan reputasi di mata rakyat bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti,” katanya.

Terdahulu, Rafizi Ramli mendedahkan anaknya menjadi mangsa serangan apabila diseret dan disuntik menggunakan jarum suntikan oleh seorang lelaki di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah pada Ogos lalu.

Related Posts