Rakaman video seorang wanita di pesawat GOL Airlines yang enggan menukar tempat duduk dengan seorang kanak-kanak kembali tular di X dan TikTok minggu ini. Insiden itu sebenarnya berlaku Disember tahun lalu, namun klip berkenaan (kini hampir mencecah sejuta tontonan) mencetuskan semula perdebatan tentang adab dan hak penumpang di dalam pesawat.
Wanita dalam video itu dikenali sebagai Jennifer Castro, 29, dari Belo Horizonte. Dalam rakaman itu, kedengaran tangisan kanak-kanak dan pertengkaran kecil antara ibu kanak-kanak dengan Castro yang enggan menukar tempat duduk tepi tingkap yang telah ditempahnya lebih awal.
Baca juga:
- Bukan Masalah Boros Tapi Realiti, Ini Cara Survive Makan Kenyang Tanpa Perlu Belanja Besar Sebelum Hujung Bulan
- Pemilik tanah benarkan komuniti Rohingya bina flat di Sungai Tekali
- Fadhli ambil tindakan undang-undang terhadap Salim Iskandar
Apa yang sebenarnya berlaku?
Menurut Castro, kejadian bermula sebaik dia menaiki pesawat dari Rio de Janeiro ke Belo Horizonte apabila seorang kanak-kanak sudah duduk di tempat yang ditempahnya.
“Saya cakap, ‘Ini tempat duduk saya,’ dan tunggu dia bangun,” katanya. Seorang lelaki di seberang lorong kemudian mencadangkan agar dia menukar tempat duduk dengan kanak-kanak itu. “Dia kata, ‘Tukar saja, kamu duduk di tepi lorong dan biar dia ambil tempat kamu,’ tapi saya tolak.”
Castro menjelaskan dia tetap dengan keputusan itu kerana mendakwa ibu kepada kanak-kanak berkenaan “sangat biadab” semasa berbincang. “Budak itu menangis sepanjang penerbangan, kira-kira 50 minit,” katanya.
Granica między empatią a prawem do własnych granic – gdzie właściwie przebiega?
— Codziennik z Mordoru (@mordownik4u) October 11, 2025
29-letnia Brazylijka, Jeniffer Castro, stała się obiektem ogólnoświatowej burzy w sieci po tym, jak nie ustąpiła miejsca przy oknie płaczącemu dziecku podczas 50-minutowego lotu. Miejsce, które… pic.twitter.com/Z5kagrqfjd
Rakaman video berkenaan menunjukkan situasi tegang itu, dengan suara tangisan kedengaran sepanjang klip sebelum ia dimuat naik tanpa kebenarannya dan menjadi bahan perdebatan global sama ada dia mementingkan diri atau hanya mempertahankan haknya sebagai penumpang berbayar.
Kehidupan terjejas selepas video tular
Selepas video tersebut dimuat naik tanpa kebenaran, Castro menjadi mangsa kecaman netizen seluruh dunia.
“Saya tidak sangka perkara sekecil itu boleh mengubah hidup saya. Saya kehilangan kerja dan hampir tidak keluar rumah,” katanya.
Dia turut mendakwa kru kabin gagal bertindak membantu semasa kejadian, manakala penumpang lain yang tidak terlibat pula merakamnya tanpa izin.
“Apa yang mengejutkan saya ialah orang luar boleh rakam saya dan memalukan saya hanya kerana saya tak mahu tukar tempat duduk,” ujarnya.
Baca juga:
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
Saman demi hak privasi
Akibat tekanan berpanjangan dan kesan terhadap reputasinya, Castro memfailkan saman terhadap GOL Airlines serta individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan. Dia mendakwa berlaku pencerobohan privasi, tekanan emosi dan kerosakan reputasi.
“Ini bukan soal wang semata-mata, tapi soal menetapkan had kepada perbuatan seperti ini. Kita semua ada hak yang patut dihormati,” katanya. Castro turut menegaskan tiada sebarang tindakan diambil terhadap ibu kanak-kanak terbabit.
Kes ini membuka semula perbincangan lebih besar tentang privasi dan etika merakam di ruang awam. Castro menegaskan, dia hanya menegakkan haknya sebagai penumpang berbayar, bukan mahu tunjuk sombong.
“Kita perlu biasakan diri menerima ‘tidak’ sebagai jawapan yang normal. Tiada siapa harus dipaksa menjelaskan sebab mereka menolak sesuatu,” katanya.
Castro berharap kesnya menjadi pengajaran supaya orang ramai lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan telefon untuk merakam seseorang tanpa kebenaran.
Sumber: Times of India










