Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat sukan pickleball di Pudu, Wangsa Maju pada Selasa malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.43 malam ketika mangsa sedang bermain pickleball.
Mangsa dipercayai cuba memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Baca juga:
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA

Dalam pada itu, Malaysia Pickleball Community (MPC) turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. MPC juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Sumber: Astro Awani








