Faisal Halim, Nur Syazwani sah bercerai talak dua | The Reporter

Faisal Halim, Nur Syazwani sah bercerai talak dua

Faisal Halim dan Nur Syazwani sah bercerai dengan talak dua.
Faisal dan Nur Syazwani

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim, dilaporkan telah berpisah dengan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dengan talak dua.

Memetik laporan Majoriti, mahkamah mengesahkan talak dan rujuk berlaku dengan talak pertama jatuh pada 11 Jun 2025 manakala rujuk dilakukan pada tarikh yang sama.

“Talak kedua pada 10 November 2025 semasa 4.20 petang, itu pun sudah disabitkan oleh mahkamah. Jadi mereka sudah pun bercerai untuk kali kedua dengan Nur Syazwani dalam proses iddah,” kata Datuk Akberdin Abdul Kader, peguam yang mewakili Faisal.

Menurut Akberdin lagi, penyelesian mengenai isu-isu lain selepas penceraian akan dibincangkan kemudian antara kedua-dua pihak.

Baca juga:

September lalu, Nur Syazwani dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, namun mereka dikatakan rujuk semula pada waktu tersebut.

Faisal, atau dikenali sebagai Mickey, mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

Related Posts