Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Video memaparkan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang lelaki gelandangan tular di media sosial selepas dimuat naik oleh selebriti Caprice di Instagram.
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita berpakaian pengawal keselamatan dilihat menyiram air ke atas lelaki berkenaan yang sedang tidur di kaki lima, sebelum seorang lelaki turut datang dan menendang mangsa.
Caprice yang menerima video berkenaan melalui mesej peribadi berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku tanpa mengira status individu berkenaan.
“Tak kisah lah orang tu macam mana… tapi ni bukan caranya. Lebih baik hubungi pihak berkuasa untuk bantu,” tulisnya.
Baca juga:
- Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PM
- Lelaki mengaku bersalah liwat & bunuh bayi asuhan isteri, dipenjara 30 tahun & 13 sebatan
- AmBank mohon maaf insiden gelandangan disiram air, ‘Tiada siapa patut dilayan begitu’
Perbuatan kedua-dua individu itu mendapat kecaman hebat daripada netizen dan beberapa personaliti media sosial yang menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak berakhlak dan memalukan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan sedih, menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan serta tidak mencerminkan akhlak Islam. Ada yang menegaskan, walaupun mangsa mungkin gelandangan, dia tetap manusia yang berhak dilayan dengan hormat.
Turut tular komen yang menyatakan bahawa kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Maluri, Cheras dan lelaki yang menendang gelandangan terbabit, bekerja membaiki kasut di situ. Ramai menyeru agar pihak berkuasa segera menyiasat insiden itu dan memastikan pelaku dikenakan tindakan.
Sumber: Instagram Caprice








