Duda 70 tahun dicekup berkhalwat, janda mengaku sudah dua hari di rumahnya | The Reporter

Duda 70 tahun dicekup berkhalwat, janda mengaku sudah dua hari di rumahnya

Kes khalwat melibatkan duda 70-an dan janda yang menginap dua hari di rumah lelaki di Johor.
Duda 70-an ditahan selepas janda mengaku dua hari bermalam di rumahnya di Johor. | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seorang duda berusia 70-an bersama seorang janda dalam lingkungan 30-an selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah kampung di Johor, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Sebelum operasi, anggota penguat kuasa menempatkan seorang anggotanya di bahagian belakang rumah bagi mengelakkan cubaan melarikan diri.

Sebaik pintu hadapan diketuk, lelaki tersebut membuka pintu separuh tetapi cuba menutupnya semula setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa. Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dan masuk ke dalam rumah.

Ketika pemeriksaan, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui sedang tidur di ruang tamu.

Baca juga:

Pemeriksaan awal di bilik tidak menemui sesiapa. Namun apabila penguat kuasa mengetuk pintu bilik air, seorang wanita keluar dalam keadaan berkemban.

Siasatan mendapati lelaki tersebut adalah duda kematian isteri, manakala wanita berkenaan ialah janda bercerai serta mempunyai seorang anak.

Wanita itu memaklumkan bahawa dia datang dari daerah lain dan sudah dua hari berada di rumah lelaki tersebut sempena cuti hujung minggu.

Menurut pasangan itu, mereka mempunyai perancangan untuk bernikah, namun mengakui beberapa urusan masih belum diselesaikan.

Kedua-dua individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook Penguatkuasa JAINJ

Related Posts