'Malaysia negara hebat & dinamik' - Trump | The Reporter

‘Malaysia negara hebat & dinamik’ – Trump

Trump memuji Malaysia sebagai sebuah negara hebat dan dinamik.
Gambar: Tangkap layar video Margo Martin.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang “hebat dan sangat dinamik” selepas menamatkan lawatannya ke negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Menerusi hantaran Truth Social, Trump memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani beberapa perjanjian besar melibatkan perdagangan dan bahan nadir bumi bersama Malaysia.

Lebih penting, katanya, adalah kejayaan menandatangani Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja di Kuala Lumpur yang disifatkan sebagai “kejayaan besar dalam mengelak peperangan” dan menyelamatkan jutaan nyawa.

“Tiada perang! Jutaan nyawa diselamatkan. Satu penghormatan besar dapat menyelesaikan perkara ini,” tulis beliau.

Trump menambah bahawa beliau kini dalam perjalanan ke Jepun selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian tersebut, yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga:

Perjanjian bersejarah itu dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur menandakan titik tolak baharu dalam hubungan diplomatik dan keamanan serantau ASEAN.

Terdahulu, Trump tiba di Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Pesawat Air Force One yang membawa Trump mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar 9.54 pagi Ahad. Ketibaan beliau disambut oleh Anwar serta beberapa Menteri Kabinet Kerajaan MADANI serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Related Posts