Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Insiden yang menggemparkan sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi dipercayai berpunca daripada perasaan cinta ditolak.
Memetik Berita Harian, suspek berusia 14 tahun dikatakan bertindak menikam mangsa yang merupakan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun selepas luahan perasaannya ditolak malam sebelum kejadian.
Seorang saksi memberitahu, suspek yang bersenjatakan beberapa objek tajam telah mengekori mangsa ke tandas perempuan sebelum menyerangnya di dalam salah satu kubikel.
“Dia memegang pisau dan menahan mangsa sebagai tebusan dalam tandas. Kemudian dia mula menikamnya berulang kali,” kata saksi tersebut.
Rakan-rakan mangsa yang menyedari kejadian segera berlari mendapatkan bantuan cikgu disiplin. Cikgu disiplin berkenaan kemudian cuba menendang pintu tandas sebelum berjaya memecahkannya, namun suspek sempat melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil memegang pisau berlumuran darah.
“Dia masuk ke kelas Tingkatan Satu, semua orang menjerit dan berlari keluar. Bajunya penuh darah,” tambah saksi.
Baca juga:
- Remaja 14 tahun tikam rakan sekolah direman tujuh hari
- KPM pasang CCTV di sekolah berisiko buli – Fadhlina Sidek
- KPM tolak rotan, pilih nilai dan adab sebagai tunjang pendidikan
Kekecohan berakhir selepas abang suspek bersama beberapa cikgu berjaya menahannya dan merampas senjata tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan siasatan sedang dijalankan turut menjurus kepada motif tersebut.
“Saya tidak dapat mendedahkan lebih lanjut kerana siasatan masih dijalankan. Maklumat lanjut akan diberikan selepas hasil siasatan diperoleh,” katanya.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, pagi tadi.