Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Malam tadi, seramai 23 peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air dan disambut meriah oleh orang ramai di KLIA. Ketibaan mereka turut diraikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Perdana Menteri, bersama beberapa menteri kabinet lain.
Namun, di sebalik kemeriahan itu, kelibat salah seorang peserta GSF bekas wartawan dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) menimbulkan tanda tanya apabila beliau tidak kelihatan di lokasi sambutan.
Menurut perkongsian rakannya, Syahril A. Kadir, ZRA sebenarnya pulang secara senyap ke rumahnya sekitar 12.30 tengah malam, dibantu oleh rakan-rakan. Katanya, proses “melarikan” ZRA dari KLIA bukan mudah kerana keadaan yang sesak, namun rancangan itu berjaya dilaksanakan tanpa pengetahuan pihak media.
“Dia sudah lakukan apa yang dia percaya dan perjuangkan. Dia tidak mahu dijulang atau dianggap wira,” ujar Syahril yang turut menyifatkan ZRA kini kelihatan semakin kurus dan keletihan.
Baca juga:
- KPM dedah pernah terima aduan pelajar terkesan dengan ejekan ‘Mak kau Hijau, Mak kau kuning’
- ‘Tiada alasan untuk kibarkan bendera Israel’ – Anwar
- ‘You see later, what happen’ – kata suspek sebelum insiden tragis di sekolah
Tambahnya, mereka yang mengenali ZRA tahu bahawa beliau tidak selesa diraikan atau disanjung.
“ZRA, saya dan rakan-rakan berasal dari dunia kewartawanan. Kami hanya menjalankan tanggungjawab melalui penulisan, tak lebih dari itu. Dia tetap dengan cara dan pendiriannya. Suka atau tidak, itulah Abang Nal yang kami kenal,” katanya.