Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme baharu bagi memastikan rakyat Malaysia yang menggunakan lesen memandu Singapura turut layak menerima subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan, ketika ini golongan tersebut tidak tersenarai dalam sistem BUDI95 kerana hanya lesen memandu Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kekangan undang-undang dan data lintas negara
Menurutnya, undang-undang Malaysia dan Singapura tidak membenarkan seseorang memiliki dua lesen memandu aktif pada masa sama. Justeru, ramai rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemandu bas, lori, treler atau teksi di Singapura terpaksa menyerahkan lesen Malaysia mereka dan menukar kepada lesen Singapura bagi membolehkan mereka memperoleh lesen vokasional (PSV) di republik itu.
Baca juga:
- Ucapan Steven Sim raih tumpuan, sebut satu persatu nama peserta GSF Malaysia
- ‘Try hard tunjuk peserta GSF macam pengganas’ – Nadir Al Nuri
- Global Sumud Flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas – YDPA
Disebabkan data lesen Singapura tidak boleh dikongsi dengan Malaysia atas faktor undang-undang perlindungan data, sistem JPJ gagal mengesahkan kelayakan mereka untuk menerima subsidi.
Penyelesaian melalui sistem pendaftaran khas
Bagaimanapun, kerajaan mengiktiraf mereka sebagai warganegara yang layak kerana tinggal di Malaysia, memiliki kenderaan berdaftar di sini dan turut membayar cukai.
Bagi menyelesaikan masalah ini, JPJ sedang membangunkan satu sistem pendaftaran khas secara dalam talian untuk merekodkan rakyat Malaysia yang menggunakan lesen Singapura.
“Pembangunan sistem ini dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Selepas itu barulah mereka boleh mendaftar dan menikmati subsidi BUDI95. Buat masa ini, saya minta mereka bersabar,” kata Anthony Loke.
Beliau bagaimanapun mengakui tiada data tepat mengenai jumlah sebenar rakyat Malaysia yang terlibat.