RM1.99 Seliter! Anwar tunai janji ringankan beban rakyat | The Reporter

RM1.99 Seliter! Anwar tunai janji ringankan beban rakyat

Ahmad Maslan berucap di podium, dengan gambar Anwar Ibrahim melambai di latar bulatan; dikaitkan dengan pengumuman harga petrol RON95 RM1.99.
RM1.99 seliter! Anwar Ibrahim tunaikan janji ringankan beban rakyat, kata Ahmad Maslan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janji dengan menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95). Langkah ini disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Memetik laporan Kosmo! Online, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, subsidi ini memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan. Hanya syarikat besar dan bukan warga negara dikecualikan daripada menikmati inisiatif tersebut.

Beliau turut menegaskan, harga petrol di Malaysia kini jauh lebih rendah berbanding negara jiran dan rantau lain, termasuk Arab Saudi (RM2.61), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68) dan Singapura (RM9.02) seliter.

Baca juga:

Bukti kerajaan komited

Menurut Ahmad Maslan, pengumuman itu sekali gus membuktikan kerajaan tidak mengabaikan janji yang telah dibuat.

“Subsidi ini adalah bukti Kerajaan Madani menepati janji untuk meringankan beban rakyat, termasuk minyak petrol RON95 bagi kegunaan warga negara Malaysia,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Budi95 di Kampung Sungai Naga, Api-Api.

Beliau menambah, Kementerian Kewangan akan memperincikan pelaksanaan penuh subsidi ini dalam masa terdekat.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Related Posts