Seorang barista di sebuah kedai kopi di KLIA2 dipecat serta-merta selepas tular rakaman video dia mengeluarkan perkataan “bodoh” kepada pelanggan asing ketika membuat pesanan.
Kejadian yang berlaku pada minggu lalu itu menjadi perhatian ramai selepas rakaman dimuat naik di media sosial, sekali gus menimbulkan kecaman kerana ia melibatkan pelancong luar negara yang ketika itu menggunakan alat terjemahan untuk berkomunikasi.
Pihak pengurusan mohon maaf
Dalam kenyataan rasmi, pihak pengurusan kedai kopi berkenaan mengesahkan barista terbabit telah diberhentikan kerja pada 21 September 2025 selepas siasatan dalaman dibuat.
“Kelakuan tersebut tidak mencerminkan nilai syarikat kami yang menekankan layanan mesra, hormat dan profesional kepada semua pelanggan,” kata wakil pengurusan.
Baca juga:
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex

- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang

- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA

Mereka turut menegaskan akan memperkukuh latihan pekerja bagi memastikan insiden sama tidak berulang, terutama dalam aspek kepekaan budaya dan komunikasi.
Reaksi netizen: Malukan imej negara
Insiden ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai menyifatkan ia sebagai memalukan imej Malaysia di mata pelancong kerana berlaku di lapangan terbang antarabangsa.
Ada juga yang bersimpati dengan pekerja tersebut, namun majoriti berpendapat tindakan tegas perlu diambil bagi menjaga reputasi perkhidmatan pelanggan di negara ini.








