Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Kewangan (MoF) menafikan laporan beberapa media yang mendakwa kerajaan akan mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari.
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, MoF menjelaskan kerajaan sama sekali tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan langkah tersebut.
Baca juga:
- Bukan buli, polis dan IKBN Miri sahkan hanya gurauan hari lahir
- Kerajaan nafi hadkan pembelian RON95 sehari sekali
- UUM kongsi kisah pelajar yatim piatu daftar sendirian ke Kampus
Fokus elak penyelewengan, bukan menekan rakyat
Menurut kenyataan itu, kerajaan kini sedang meneliti pelbagai mekanisme untuk mengelakkan penyelewengan subsidi RON95 di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Namun, had pembelian sekali sehari bukanlah sebahagian daripada langkah yang sedang dipertimbangkan. Sebaliknya, tujuan utama kerajaan ialah memastikan keperluan harian rakyat terus dipenuhi dengan harga subsidi yang ditetapkan.
Kepastian untuk pengguna
Dengan penjelasan ini, pengguna boleh menarik nafas lega kerana tidak akan dikenakan had pembelian harian.
MoF menegaskan langkah kawalan yang sedang diteliti hanya bertujuan mengekang penyalahgunaan subsidi, bukannya menyulitkan kehidupan rakyat.