Mahkamah Agung Thailand pada Selasa memutuskan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, perlu menjalani hukuman penjara setahun kerana tempoh rawatannya di hospital tidak dikira sebagai masa menjalani hukuman.
Panel hakim menyatakan Thaksin, 76, tidak mengalami penyakit serius dan sengaja memanjangkan tempoh rawatannya bagi mengelak hukuman penjara. Selepas keputusan diumumkan, beliau memuat naik kenyataan di laman Facebook, menerima keputusan itu dengan terbuka.
“Walaupun saya mungkin kehilangan kebebasan, saya masih memiliki kebebasan berfikir untuk memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya.
Thaksin sebelum ini dijatuhi hukuman lapan tahun penjara pada 2023 atas kesalahan penipuan dan salah guna kuasa, namun ia diringankan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn. Beliau dibebaskan awal tahun ini atas faktor usia, tetapi tidak pernah bermalam di penjara kerana dimasukkan ke hospital sejak pulang dari buangan selama 15 tahun.
Baca juga:
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
- Selat Hormuz ditutup sepenuhnya susulan serangan AS
- Gempa 7.8 Magnitud: Video bangunan sekolah di Mindanao, Filipina runtuh tular
Keputusan terbaharu ini dilihat menutup ruang spekulasi mengenai kebebasan penuh atau tahanan rumah, sekali gus menjadi tamparan baharu kepada legasi politik keluarga Shinawatra yang mendominasi politik Thailand sejak dua dekad lalu.
Thaksin, yang digulingkan melalui rampasan kuasa tentera pada 2006, kembali ke Thailand tahun lalu tetapi pengaruh politiknya dilaporkan semakin merosot. Parti Pheu Thai pimpinannya kembali berkuasa pada 2023, namun minggu lalu digulingkan oleh parti Bhumjaithai, bekas sekutunya.
Sumber: AlJazeera








