Pelakon Mira Filzah sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil sebagai penyampai trofi di majlis anugerah berprestij Global OTT Awards 2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Pada malam penuh gemilang itu, Mira diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah People’s Choice Awards, yang dimenangi oleh dua bintang popular dari China, Bai Jingting dan Bai Lu.
Kemunculan Mira Filzah di pentas acara tersebut bukan sahaja menyerlahkan aura glamor beliau, malah menjadi bukti pengiktirafan terhadap bakat serta pengaruhnya dalam industri hiburan rantau ini.
Bukan sahaja sebagai penyampai trofi di pentas Global OTT Awards 2025, malah drama lakonannya, Gadis Masa atau Yesterday’s Love, turut tercalon dalam kategori Best OTT Original. Bagaimanapun, kemenangan kategori tersebut akhirnya berpihak kepada drama misteri Korea, Nine Puzzles, yang ditayangkan menerusi Netflix.
Baca juga:
- Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
Majlis anugerah berprestij itu menghimpunkan ramai nama besar dari pelbagai negara bagi meraikan pencapaian dalam industri penstriman digital dan drama bersiri global.








