DAP kecam tindakan Akmal Saleh, arah Pemuda DAP buat laporan polis | The Reporter

DAP kecam tindakan Akmal Saleh, arah Pemuda DAP buat laporan polis

Loke Siew Fook berucap, dengan gambar inset menunjukkan Dr Akmal Salleh sedang berucap dalam perhimpunan.
Loke Siew Fook kecam tindakan Dr Akmal Salleh pimpin demonstrasi di Kepala Batas, arah Pemuda DAP buat laporan polis.

DAP mengecam keras tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam, meskipun sudah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang supaya tiada perhimpunan diadakan.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, perbuatan itu bukan sahaja dilihat sebagai bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga berkenaan, malah mencabar kedaulatan undang-undang, mengganggu ketenteraman awam serta memaksa peniaga di sekitar menutup premis lebih awal.

Beliau menegaskan, Jalur Gemilang wajar dikibarkan dengan penuh hormat, namun ugutan dan provokasi bukanlah cara menyelesaikan isu.

Baca juga:

Arah Pemuda DAP buat laporan polis

Menurut Loke, pihaknya telah mengarahkan semua Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap kejadian itu di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 503, 504, 505, 507B dan 507C berkaitan intimidasi jenayah, kenyataan mengaibkan, khianat awam serta gangguan yang menyebabkan ketakutan dan kebimbangan.

Beliau turut menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap tindakan melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum, demi menjaga keharmonian negara.

Sumber: Facebook DAP Pulau Pinang

Related Posts